Mata kucing merupakan salah satu bukti
kesempurnaan Allah dalam penciptaan. Allah telah menciptakan mata kucing
dengan tatacara dan letak yang sesuai dengan makhluknya. Di salah satu
ayat, Allah berfirman tentang kesempurnaan ciptaannya.Dia-lah Allah yang
menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama –
nama yang indah, apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada –
Nya. Dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana. (QS. Al – Hasyr
24)
Penglihatan malam kucing sangat kuat
Kucing boleh dengan mudah membezakan warna
hijau, biru dan merah. Walaupun begitu, kelebihan sebenarnya dari mata
kucing adalah agar dapat melihat di malam hari. Kelopak mata kucing
terbuka di malam hari, ketika terkena sedikit cahaya, lapisan mata yang
disebut iris membuat pupil mata membesar (hamper 90% mata) sehingga
mereka lebih mudah melihat cahaya. Di saat mendapat cahaya yang lebih
terang, system bekerja berlawanan untuk melindungi retina, pupil
mengecil dan berubah menjadi garis tipis.Ada sebuah lapisan yang tidak
terdapat pada mata manusia. Lapisan ini berada di belakang retina,
berfungsi sebagai penerima cahaya. Ketika cahaya jatuh di lapisan ini
langsung di pantulkan kembali, cahaya lewat dua kali melalui retina.
Oleh kerana itu, kucing dapat melihat dengan mudah di saat cahaya hanya
sedikit. Bahkan di saat gelap, di saat mata manusia tidak dapat melihat.
Lapisan ini juga lah yang menyebabkan kenapa mata kucing bersinar di
malam hari.
Lapisan ini disebut Kristal tapetum
lucidum yang dapat memantulkan cahaya. Berkat kistal ini, cahaya yang
jatuh di belakang mata di pantulkan kembali ke retina. Beberapa cahaya
yang di pantulkan kembali ke lensa, sehingga mata bersinar. Berkat
struktur ini, jumlah cahaya yang diterima mata meningkat sehingga boleh
melihat dalam kegelapan. Oleh kerana itu, kucing bias melihat lebih baik
dalam gelap. Ini bukanlah bentuk dari bio-luminescence, sebab binatang
tidak menghasilkan cahanya, melainkan hasil dari pemantulan.Alasan lain
kenapa kucing boleh melihat dalam gelap juga kerana adanya sel-sel
batang yang lebih banyak di bandingkang sel-sel kon di retina mereka.
Sebagaimana kita ketahui, sel – sel batang
hanya sensitive pada cahaya. Mereka membentuk bayangan hitam atau putih
bergantung kepada cahaya yang datang dari objek, tetapi mereka sangat
sensitive walau hanya dengan sedikit cahaya.Berkat sel-sel batang ini,
kucing dapat memburu dengan mudah di malam hari. Seperti kita lihat,
Allah menciptakan struktur mata yang sesuai dengan keadaan dan nutrisi
yang mereka perlukan. Mata kucing mempunyai struktur dan ciri-ciri yang
berbeza sesuai dengan keperluan mereka. Ini adalah salah satu contoh
dari hasil ciptaan Allah. Hasil ciptaan Allah yang unik ini terbukti
dalam salah satu ayat:Pencipta langit dan bumi, ketika Dia ingin
mencipta sesuatu, maka Dia hanya berkata “jadilah”, maka jadilah ia.
(QS. Al – Baqara 117)
Bola mata kucing lebih besar
Selain kemampuan melihat di malam hari,
bola mata kucing juga lebih besar di bandingkan yang dimiliki manusia.
Jika bidang penglihatan manusia hanya sampai 160 darjat, kucing boleh
dengan mudah hingga 187 darjat. Dengan ciri-ciri ini, mereka boleh
dengan mudah melihat ancaman yang ada. Ini adalah contoh karakteistik
lain dari hasil ciptaan Allah dengan bentuk yang berbeza. Sebagaimana di
katakan di dalam Al – Qur’an, kaakteristik ini adalah pelajaran bagi
orang – orang yang beriman;Dan sungguh, pada haiwan ternak itu terdapat
pelajaran bagi kamu … (Surah An – Nahl 66)
Struktur mata kucing berbeza dengan manusia
Pada mata kucing, terdapat membran ketiga
yang disebut “nictitating membrane”. Membran ini telus, dan bergerak
dari satu bahagian mata ke bahagian yang lain. Sebagai contoh, kucing
dapat mengedipkan mata mereka tanpa perlu menutup semuanya. Membran
ketiga ini membolehkan mata kucing dilindungi ketika memburu. Selain
itu, benda – benda lain seperti debu tidak mengenai mata mereka,
sehingga mata mereka tetap bersih dan lembab, sehingga kucing tidak
perlu sering mengedipkan matanya seperti manusia. Jika kucing
mengedipkan mata mereka sepanjang waktu seperti manusia agar matanya
tetap bersih dan lembab, hal ini akan menimbulkan kesulitan bagi mereka
di saat memburu. Tidak mengedipkan mata merupakan salah satu
kesempurnaan ciptaan Allah untuk makhluk ini.
Apakah mata kucing sensitif pada gerakan
Kucing tidak dapat melihat dalam jarak
dekat dengan baik sebagaimana halnya manusia dan tidak boleh focus pada
objek yang dekat dengan mereka. Tetapi Allah telah menciptakan rambut
sensoris dengan mekanisme deria yang kuat buat kucing. Berkat bau dan
rambut sensoris, kucing boleh dengan mudah mengesan dalam jarak dekat.
Walau makhluk indah ini sukar melihat dalam jarak dekat, mereka dapat
dengan mudah merasakan dengan jarak dua hingga enam meter. Jarak ini
cukup bagi kucing agar dapat memburu.Ciri-ciri lain pada mata kucing
adalah mereka sensitive pada gerakan, keindahan dan yang sesuai dengan
jarak penglihatan mereka.
Mata kucing dan otaknya memisahkan setiap
gerakan bingkai demi bingkai. Otak kucing boleh merasakan lebih banyak
gambar daripada kita. Sebagai contoh, mereka boleh dengan mudah melihat
tanda – tanda elektronik pada paparan televise di bandingkan manusia.
Ini adalah bakat khusus yang di berikan oleh Allah yang Maha Kuasa
kepada semua kucing. Hal ini kerana kucing menangkap mangsa mereka
mengikut objek yang bergerak.
Detail dan ragam yang mengagumkan di ciptakan Allah bagi kucing
Mata kucing di ciptakan dengan
kaakteristik luar biasa seperti makhluk lain. Ketika struktur dan
ciri-ciri mata di uji secara individu, maka akan di lihat fungsi-fungsi
yang berbeza dan ini merupakan bukti dari kepelbagaian hasil ciptaan
Allah. Variasi ini tidak dapat di katakan sebagai hasil dari mutasi
ataupun pilihan semula. Allah telah memberikan mata yang sesuai dengan
keperluan hidup dan nutrisi makhluknya.Mempunyai pengetahuan tentang
system yang menakjubkan ini merupakan kesempatan bagi setiap orang untuk
melihat kekuasaan dan pengetahuan Allah yang telah menciptakan
makhluknya.
Kita harus berterima kasih kepada Allah
yang telah menciptakan alam semesta ini. Adapun bagi orang – orang yang
yang menolak ayat – Nya, Allah menggelarnya “pendusta”, seperti di dalam
ayat;Siapakah yang lebih zalim daripada orang – orang yang telah di
peringatkan dengan ayat – ayat Tuhannya, lalu dia berpaling darinya dan
melupakan apa yang telah di lakukan oleh kedua-dua tangannya? (QS. Al –
Kahfi 57)Kucing di ciptakan dalam bentuk yang ideal sesuai dengan
persekitaran mereka, mereka perlu bernafas, makan, memburu dan
mempertahankan diri agar tetap hidup. Oleh kerana itu, mereka harus
mengenal dunia mereka, dan membezakan antara musuh dan mangsa mereka.
Dengan demikian, mereka memerlukan
penglihatan khusus untuk melihat persekitaran mereka.Bagaimanapun, Allah
yang Maha Kuasa, Tuhan dari semua dunia, telah memberikan ciri-ciri
yang mengagumkan seperti mata yang mempunyai struktur khusus, bentuk dan
ketajaman penglihatan untuk kucing. Penciptaan mata yang mempunyai
kekhususan bagi kucing merupakan pelajaran bagi orang – orang yang
beriman sebagaimana di sebutkan di dalam Al – Qur’an;Dan disana terdapat
pelajaran bagi kamu … (Surah Al – mu’miniin 21)Ciri-ciri mata kucing
berfungsi sesuai dengan undang-undang yang di tetapkan Allah.
Allah menciptakan mata ini dan setiap
detilnya tanpa contoh sama sekali. Hal ini dapat dilihat di dalam ayat –
ayat bahawa Allah adalah pencipta semuanya;Allah menciptakan semua
jenis haiwan dari air, maka sebahagian ada yang berjalan di atas
perutnya dan sebahagian lagi berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian di
antaranya berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia
kehendaki. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. An – Nuur
45)