Diriwayatkan oleh An-Nawwas ibn Sam’an:
“Dia, yang hidup dan melihatnya (Dajjal) harus membacakan di hadapan
ayat-ayat pembukaan Surat Al Kahfi,” (HR Muslim).Diriwayatkan oleh Abu
Umamah al-Bahili: “Barangsiapa memasuki nerakanya (Dajjal), mintalah
pertolongan Allah dan bacakan ayat pembukaan Surat Al Kahfi, dan hal ini
akan menyejukkan dan mendamaikannya, seperti api menjadi sejuk terhadap
Ibrahim,” (HR Ibnu Katsir).
Tanda-tanda dan rahsia Hari AkhirSatu alasan
mengapa Rasulullah SAW menganjurkan orang-orang beriman membaca Surah
Al Kahfi saat Dajjal mencuba memujuk rayu adalah kerana surah ini
mengandungi isyarat penting mengenai Hari Akhir, seperti pelbagai hal
yang diperlukan untuk bertahan dan memerangi Dajjal, dan gerakan-gerakan
anti-agama yang menimbulkan pelbagai kejahatan atas kemanusiaan, yang
ingin disebarkan oleh Dajjal ke seluruh dunia.Surah Al Kahfi ini juga
mengandungi pelbagai pelajaran bagi kaum Muslimin.Anjuran Rasulullah SAW
untuk menghafal dan membaca surat ini dengan penuh perhatian adalah
suatu isyarat kuat tentang hal ini.
Seperti kita akan lihat di seluruh bab ini,
pengalaman Ashabul Kahfi yang tinggal di sebuah masyarakat yang kafir,
pelajaran bahawa Musa AS belajar daripada Khidr, dan pemerintahan di
atas dunia yang ditubuhkan oleh Dzulkarnain AS agar dapat menyebarkan
nilai-nilai Islam, adalah perkara-perkara yang perlu direnungkan oleh
orang-orang beriman.Lalu orang seperti apa yang sangat disukai oleh
Dajjal? dan tanpa disedari ia sudah ditandai oleh Dajjal di hati-nya?
1. Orang yang apabila kumandang azan terdengar, ia mengendahkannya.
2. Orang yang apabila dinasihati atau dimaklumkan mengenai
rencana-rencana Dajjal di dunia sebelum dia datang, dia tidak
peduli.Dajjal tidak langsung datang secara tiba-tiba.
Atas Izin Allah SWT dia mempersiapkan
semuanya dengan bantuan para pengikutnya (Freemasonry – illuminati) agar
semakin banyak manusia yang akan menjadi pengikutnya. Dan jika
seseorang sudah tahu mengenai rancangan Dajjal ini, Dajjal sudah
melihat-nya dan menandakan hatinya.Ini sesuai dengan doa Dajjal kepada
allah swt yang kelak akan di kabulkan:
“Ya rabb berikanlah aku
kemampuan untuk menurunkan hujan, menghidupkan orang yang sudah mati,
menyembuhkan penyakit yang ada di dunia, menyuburkan tanaman dan
memperlihatkan syurga dan neraka kepada manusia kelak,,, yang
sesungguhnya syurga ku adalah neraka-mu dan nerakaku adalah syurga-mu ya
Rabb agar aku bisa menguji keimanan manusia kelak ….
0 comments:
Post a Comment