Berdasarkan
kajian , gunung Everest ni dulunya bukanlah gunung , tapi dasar laut .
Lebih
60 juta tahun dulu , berlaku pergerakan plat tiktonik bumi yang bergerak
sepanjang masa dan akhirnya bertembung . Akibatnya , satu plat terangkat ke
atas , satu lagi ke bawah . Dari plat yang menungkah berterusan itulah akhirnya
terbentuk gunung Everest dan gunung – gunung lain .
Satu
fakta menarik tentang gunung ialah Allah jadikan sebagai pengimbang berat
kepada bumi . Sebab itulah gunung ada di seluruh benua , diimbangkan pula
dengan lembah , datarnya serta lurah disekitarnya . Ia memasak bumi dengan
kekuatannya .Ini menyebabkan berat planet bumi terus seimbang pada setiap sisi
, menyebabkan tetap beredar sejajar pada orbitnya .
Allah
berfirman dalam surah al – An ‘am : 88
”
Engkau melihat gunung – gunung itu , engkau menyangka ia tetap ditempatnya ,
padahal ia bergerak seperti jalannya awan . ( Demikianlah ) perbuatan Allah
yang membuat dengan kukuh tiap – tiap sesuatu , sesungguhnya Allah maha
mengetahui apa yang kamu kerjakan . “
Ternyata
, apa yang dinyatakan oleh al – Quran adalah benar dan dibuktikan pula oleh
kajian sains dan geologi . Tapi apakah yang berlaku pada Rasulullah apabila
menyatakan kebenaran itu 1,400 tahun dahulu ? Baginda dianggap manusia gila !
Bukan
itu sahaja , kajian – kajian sains turut membuktikan , daratan ini satu ketika
dahulu bercantum , kemudiannya berpecah dan bergerak hingga terbentuk benua
serta lautan yang ada pada hari ini .
Rakaman
satelite turut membuktikan Jazirah Arab serta gunung ganangnya didapati
bergerak mendekati Iran beberapa sentimeter setiap tahun . Sedangkan , lebih 5
juta tahun lalu , Jazirah Arab bergerak memisahkan diri dari Afrika lalu
membentuk Laut Merah .
Didapati
juga pantai timur dan selatan Somalia kini dalam proses pemisahan dan telah
membentuk lembah belah yang membujur ke selatan melalui deretan danau Afrika .
Kepingan tiktonik benua Australia juga sedang bergerak ke arah utara dengan kelajuan
6 sentimeter / tahun .
Bukankah
penemuan – penemuan sains serta geologi ini membuktikan al – Quran itu benar ,
sedangkan kebenaran itu hanya baru diketahui oleh ahli sains selepas 1,400
tahun Rasulullah mengungkapkannya ?
Sumber
0 comments:
Post a Comment