Thursday, December 6, 2012

Google Akan Hasilkan Komputer Riba Berlayar Sentuh Dengan Sistem Operasi Chrome Pada Tahun2013?

Menurut TheNextWeb, Google dijangka akan mengikut jejak langkah pesaingnya, Microsoft untuk mengeluarkan komputer riba dengan jenamanya sendiri pada tahun 2013. Seperti yang kita sedia maklum bahawa Microsoft telah melancarkan tablet jenamanya sendiri iaitu Microsoft Surface yang menggunakan sistem operasi Windows 8 RT.
Ini adalah berdasarkan laporan dari Chinese Commercial Times yang melaporkan bahawa dua syarikat pengeluar dari Taiwan, Compal Electronics dan Wintek sedang mengendalikan pembuatan OEM dan panel sesentuh  bagi komputer riba pertama Google itu. Walau bagaimanapun, jumlah yang ditempah oleh Google tidak begitu besar iaitu hanya 20 juta unit sahaja. Komponen bagi tujuan pengujian akan dihantar pada bulan ini kepada Google oleh pihak pengeluar.
Produk keluaran Apple seperti iMac dan telefon-telefon pintar  yang berada dipasaran akan menjadi sumber inspirasi kepada pembuatan kompter riba ini  tetapi dengan gaya Google yang tersendiri. Google ingin mengoptimumkan pengunaan lapisan optikal yang mana akan menggabungkan skrin sentuh dan kaca pelindung bagi mengurangkan ketebalan peranti tersebut.
Acer ChromeBook merupakan peranti yang menggunakan sistem operasi Chrome hasil usaha sama Acer dan Google

Pada 6 bulan yang lepas, Google telah menjalinkan usahasama dengan syarikat Samsung dan Acer untuk melancarkan komputer riba iaitu Chromebook yang berkos rendah tetapi tidak menyokong fungsi skrin sesentuh. Khabar angin tentang komputer riba dengan skrin sentuh berasaskan sitem operasi Chrome sebenarnya telah lama kedengaran sejak tahun 2009 lagi. Google bercadang ingin melaksanakan idea tersebut tetapi tidak berpeluang untuk merealisasikannya.
Untuk makluman pembaca MyTetikus, sistem operasi Chrome telah dibangunkan oleh Google dan ia memfokuskan kepada sistem operasi yang lebih sekuriti, lebih mudah dan lebih pantas. Ia dilengkapi dengan perisian terbaik Google seperti pelayar web Google Chrome dan Google Docs, storan atas talian iaitu Google Drive dan pelbagai perisian percuma yang boleh didapati pada Chrome Web Store.
Sama-sama kita nantikan produk terbaru Google itu pada tahun hadapan dan pada pandangan kami, produk yang ditawarkan oleh Google sentiasa mendapat perhatian dan permintaan ramai seperti mana sistem operasi bagi telefon pintar iaitu Android yang kini telah menguasai pasaran dunia.

0 comments:

Post a Comment