Thursday, December 6, 2012

penJualan Windows 8 Telah Melebihi 40 Juta

Selepas sebulan Windows 8 berada di pasaran, Microsoft dengan bangganya menyatakan bahawa ia telah menjual 40 juta lesen Windows 8 di seluruh dunia. Tami Reller, Ketua Pegawai Pemasaran Windows berkongsi kejayaan ini kepada penganalisis kewangan dan industri, pelabur dan  pihak media semasa Persidangan Tahunan Teknologi Credit Suisse  2012 pada 27 November yang lalu.
Menurut Blog Rasmi Windows, Windows 8 telah mengatasi Windows 7 dari segi peningkatan dan penambahbaikan. Windows 8 boleh berfungsi dengan baik pada komputer yang menggunakan Windows 7 sebelum ini dan ia memudahkan para pengguna untuk menaik taraf sistem operasi daripada Windows 7 kepada Windows 8.
Tami turut menyatakan bahawa “ Perjalanan baru sahaja bermula, tetapi kami dengan bangganya memberitahu bahawa lesen Windows 8 telah terjual 40 juta unit setakat ini.”

Pelancaran Windows 8 pada penghujung Oktober lalu juga memperlihatkan pembukaan rasmi Windows Store. Pada pelancaran Windows Store, aplikasinya melebihi daripada stor-stor aplikasi yang lain semasa pelancarannya dan sejak itu jumlah aplikasi pada Windows Store telah meningkat dua kali ganda. Sehingga penghujung November yang lepas, terdapat lebih 20,000 aplikasi Windows 8 yang ditawarkan di dalam Windows Store. Antara aplikasi Windows 8 yang menarik sejak ia dilancarkan seperti CBS, ABC News, ABC Family, Engadget, Flixster, OWN (Oprah Winfrey Network), Vimeo dan Top Gear.
Walaupun pada peringkat awal pelancaran, jualan Windows 8 telah dilaporkan tidak memberansangkan, namun, kini ia  telah mula mendapat permintaan ramai. Mungkin di peringkat awal, orang ramai masih lagi keliru dan mengambil masa untuk membuat kajian dan respon dari pengguna yang telah mencubanya. Adakah anda telah menaik taraf sistem operasi komputer kepada Windows 8? Kongsikan dengan kami pengalaman menggunakannya di ruangan komen di bawa

0 comments:

Post a Comment